Pages

FRIENDS

Saturday, 30 July 2011

Bulan Ramadhan Datang Lagi!!




Salam semua....setelah sekian lama menyepi menulis di blog akibat kesibukan...heee,arinie dpt lorh aq menaip semula di blog ini....haa...x lame lagi seluruh umat islam di seluruh dunia ini akan menyambut kedatangan bulan Ramadhan yg mulia pada 1 Ogos 2011....Syukur,alhamdulillah pada tahun nie dpt lorh kita sama-sama berpuasa selagi nafas tidak terhenti...puasa lorh dengan penuh kesabaran dan gunakan lorh puasa selama sebulan dengan beribadat kepada Allah S.W.T....siapa tahu ini adalah Ramadhan kita yg terakhir an??huhuh...banyak kelebihan dan fadhilat apabila berpuasa di bulan Ramadhan nie...justeru itu,kita hendaklah memanfaatkannyew dengan sebaiknyew....


Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."


First puasa pada kali ini aq puasa di tempat belajar aq...huhhuuu,sedeyhnyew x bersama family...sahur pown kt ostel jew...apa boley buat hidup sebagai pelajar IPT memang mcm nie...berbeza time skol2 dulu....time kecik2 dulu slaloo dgr bulan ramadhan syaitan2...iblis2 nie dirantai oleh Allah...kita juge tahu bulan ramadhan nie bulan berganda..Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda....Berpuasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata...tetapi menahan diri drpd melakukan perkara-perkara yg membatalkan puasa seperti melakukan maksiat,mengumpat serta perkara yg boleh mengurangkan puasa pahala itu sendiri...


Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"


Antara kelebihan-kelebihan bulan Ramadhan yang umumnya diketahui :
  • Bulan keampunan yang penuh berkat untuk hamba-hambaNya yang tidak pernah lari dari kesilapan dan dosa.
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar dimana malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Digandakan pahala amalam pada malam tersebut.
  • Diturunkan petunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran pada bulan Ramadhan.Oleh itu kita digalakkan untuk memperbanyakkan serta menggandakan bacaan Al-Quran beserta maksudnya di bulan Ramadhan nanti.
  • Ditutup pintu neraka dan dibukakan seluasnya pintu syurga.
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia pada bulan Ramadhan.Namun jika masih ada kejahatan yang dilakukan ia berpunca dari nafsu diri sendiri.Mohonlah keampunan Ilahi di bulan Ramadhan yang mulia itu.
  • Kegembiraaan orang yang berpuasa dengan ikhlas ketika Ramadhan ialah bila tiba waktu berbuka puasa kerana dia dapat menghalang dirinya daripada melakukan kejahatan.

Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri sendiri..



Ini adalah niat2 puasa :

Lafaz niat untuk sebulan :
Ertinya : Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala


Lafaz niat untuk harian :
Ertinya : Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala


Lafaz doa ketika hendak berbuka :

Ertinya : Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa selepas berbuka puasa :
Ertinya : Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.


Sabda Rasulullah saw:
"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

 SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK



4 comments:

  1. dah nak syawal dah...

    selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. selamat hari raya!! hehehe

    http://www.contengcorner.com/2011/09/korban-demi-dia.html

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...